Nurul Izzah antara dilantik Naib Presiden PKR
Iklan
Nurul Izzah
PETALING JAYA - Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR penggal 2022-2025 yang mengadakan mesyuarat pertama malam ini di ibu pejabatnya di sini, melantik tiga lagi Naib Presiden.
Tiga individu tersebut ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Saraswathy Kandasamy dan Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Awang Sahari.
Iklan
Iklan
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan meneruskan tugas beliau selaku Setiausaha Agung PKR.
"Ahli Parlimen Selayang, William Leong sebagai Bendahari parti, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil sebagai Ketua Penerangan dan Ketua Setiausaha Pengelola, Zahir Hassan.
Iklan
"Selain itu lima ahli MPP turut dilantik antaranya, Manivanan Gowin; Ahli Parlimen Tawau, Datuk Christina Liew Page; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, Yuneswaran Ramaraj dan Abun Sui Anyit," katanya pada Sidang Media pada Rabu.
Pada Ahad, Jawatankuasa Pemilihan Parti mengumumkan pemilihan baharu bagi jawatan Naib Presiden PKR iaitu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun serta Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>