KUALA LUMPUR - Malaysia sedia memperkukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Bangladesh sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang diraikan pada tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, beliau berkata kerjasama dua hala itu merangkumi perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital serta sumber manusia dan pekerjaan.