Guru KAFA disyaki hempas murid dibebas dengan jaminan polis
Iklan
KUALA TERENGGANU - Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di sebuah sekolah di Marang dekat sini, yang direman selepas disyaki menghempas seorang anak murid lelakinya hingga patah kaki, dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan telah merekodkan semua keterangan daripada guru lelaki itu.