Baran di atas jalan raya

Iklan
Ramai yang hilang kesabaran saat menjadi pemandu atau penunggang ketika di atas jalan raya. (Gambar hiasan)

SHAH ALAM - Peningkatan kes buli jalan raya di Malaysia ketika ini berlaku disebabkan ramai pengguna kenderaan mudah hilang sabar ketika memandu.

Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, ia biasa terjadi apabila seseorang itu terperangkap dalam kesesakan trafik yang teruk berikutan jumlah kenderaan semakin meningkat pada masa kini.