Pemandu treler bebas dengan jaminan polis

Iklan
Empat beranak maut selepas kereta dinaiki terbabit dalam nahas tujuh kenderaan di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada Rabu. Gambar kecil: Mior Faridalathrash

IPOH - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan empat beranak di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini, pada Rabu dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 34 tahun itu dibebaskan selepas tempoh remannya berakhir pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kes siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan lanjut.

"Suspek telah diberi jaminan polis pada jam 10.45 pagi manakala kita akan merujuk kertas siasatan kepada PPN," katanya ketika dihubungi di sini.

Iklan

Khamis lalu, lelaki itu direman selama tiga hari bagi membolehkan siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, empat beranak yang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Kuala Lumpur maut selepas kereta dinaiki terbabit dalam nahas tujuh kenderaan termasuk sebuah treler.

Iklan

Mangsa yang maut merupakan pesara polis, Koperal Rahim Ramli, 60, bersama isteri, Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak perempuan mereka, Nor Hadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27.