Arab Saudi, AS setuju perkukuh kerjasama dalam teknologi, sains

Iklan
Arab Saudi dan AS bersetuju mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang. - Foto Reuters

RIYADH - Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat bersetuju mengukuhkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk rangkaian 5G, keselamatan siber, penerokaan angkasa lepas dan kesihatan umum, lapor Xinhua memetik Al Arabiya News.

Perjanjian itu dibuat sempena lawatan negara pertama Presiden, Joe Biden ke negara itu untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin Arab Saudi bagi menyemak keperluan pertahanan dan membincangkan kepentingan aspek keselamatan tenaga global.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan selepas mesyuarat berkenaan, Biden mengalu-alukan langkah terbaru Saudi menandatangani Perjanjian Artemis yang diterajui NASA, perjanjian membabitkan penerokaan angkasa lepas.

Biden berkata, AS mengukuhkan semula komitmennya untuk melaksanakan penerokaan dan pengunaan angkasa lepas secara bertanggungjawab, aman dan mampan.

Iklan

Presiden AS itu turut memuji peranan yang dimainkan Arab Saudi dalam menyokong usaha gencatan senjata di Yaman.

Arab Saudi adalah destinasi terakhir Biden dalam rangka lawatannya ke Timur Tengah.

Iklan

Lawatan diplomatik itu bermula pada Rabu dan dijangka berakhir Sabtu, turut meliputi Israel dan Tebing Barat.

Biden dijadual menghadiri sidang kemuncak Majlis Kerjasama Teluk pada Sabtu. Sidang berkenaan turut dihadiri Raja Jordan, Presiden Mesir dan Perdana Menteri Iraq. - Bernama