Wanita disyaki bunuh suami direman tujuh hari
Iklan
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Sabtu bagi mendapatkan permohonan reman.
JOHOR BAHRU - Wanita yang dipercayai membunuh suaminya dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya, di sini pada Jumaat, direman selama tujuh hari.
Perintah reman bermula Sabtu terhadap suspek berusia 36 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Melody Woon Sze Mun di Mahkamah Majistret Johor Bahru.
Iklan
Iklan
Sebelum itu, suspek yang mengenakan t-shirt dan seluar berwarna jingga tiba di pekarangan mahkamah dengan diiringi anggota polis pada jam 8.45 pagi.
Pada Jumaat, seorang lelaki ditemukan maut dipercayai akibat dipukul isterinya dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya kira-kira jam 7.50 pagi.
Iklan
Mangsa ditemukan maut terbaring dengan bahagian muka dan kepala mengalami kecederaan itu, di dalam rumah berkenaan.
Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat pada Jumaat, isteri mangsa ditahan berhampiran lokasi pembunuhan dan didapati berada di bawah pengaruh dadah.
Iklan
Katanya, wanita yang bekerja sendiri itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, selain mempunyai dua rekod lampau kes berkaitan dadah dan satu kes berkaitan jenayah (mendatangkan cedera).
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Bagi kes positif dadah pula, wanita itu disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pasangan suami isteri bersama dua lagi wanita disambung reman empat hari sehingga Ahad ini susulan kematian seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dipercayai akibat didera, Jumaat lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Perintah tahanan reman kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 42 tahun itu yang ditahan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini Khamis lalu dibenarkan oleh Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Sebelum ini, kesemua suspek direman selama enam hari bermula Jumaat hingga Rabu.
Difahamkan, pasangan suami isteri yang juga pengasuh kepada kanak-kanak berkenaan diwakili peguam, Mohd Daud Ismail dan Alina Wong manakala kedua-dua wanita terbabit tidak diwakili peguam.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662294/berita/semasa/empat-disambung-reman-bantu-siasatan-bayi-maut-disyaki-didera
Muzik: Elevate dari www.bensound.com