Isu pemilihan PKR: Ketua AMK ingatkan jangan panjangkan sengketa
Iklan
Adam Adli (tengah) semasa berucap pada Kongres Nasional Tahunan AMK 2022 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC). - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim menggesa pertelingkahan dalam sayap parti itu melibatkan isu pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini tidak dipanjangkan.
Adam yang merupakan bekas aktivis mahasiswa berkata, sebagai pemimpin, mereka seharusnya melihat pada gambaran yang lebih besar.
Iklan
Iklan
"Kita sedar, kalau pemilihan yang baru kita tempuhi sebelum kita sampai ke hari ini, sedikit sebanyak menimbulkan calar dan balah antara sebahagian kita semua.
"Begitulah adat dalam pertandingan, akhirnya ada bersaing ada bertingkah, ada bertegang ada berbalah, namun sebagai pemimpin, ada kewajipan ke atas diri kita untuk melihat gambaran yang lebih besar.
Iklan
"Janganlah kita berpanjang-panjangan dan terbawa-bawa dengan telingkah pemilihan yang lepas,” katanya ketika berucap pada Kongres Nasional Tahunan AMK 2022 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada Jumaat.
Adam Adli turut menyeru agar ahli dalam sayap parti itu untuk kembali bermaafan antara satu sama lain.
Iklan
"Andai ada salah dan khilaf, bermaaf-maafanlah kembali antara kita semua kerana di hadapan nanti, ada segunung cabaran yang sedang menanti kita,” katanya.
Dalam pada itu, Adam Adli berkata, dengan perubahan landskap pilihan raya yang menyaksikan peningkatan besar pengundi baharu dan muda, tumpuan perlu dibuat bagi menggembleng sokongan golongan muda, dalam masa sama mengangkat kembali PKR dan Pakatan Harapan untuk memastikan kejayaan dalam pilihan raya umum akan datang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>