Wan Azizah terkilan wujud musuh dalam selimut
Iklan
Wan Azizah sebak ketika menyentuh mengenai konflik dalaman parti semasa berucap pada Kongres Nasional PKR pada Jumaat
SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa terkilan ketika menyentuh konflik dalaman parti melibatkan musuh dalam selimut ketika proses pemilihan PKR baru-baru ini.
Walaupun tidak memperincikan insiden yang berlaku namun kenyataan tersebut dipercayai melibatkan pertikaian berhubung keputusan pemilihan parti berkenaan.
Iklan
Iklan
"Saya rasa sedikit emosi kerana saya kasihkan semua ahli parti. Kasih sayang saya kepada anggota parti Tuhan sahaja yang mengetahui. Dalam pemilihan, mesti ada menang, mesti ada kalah, itu biasa.
"Saya biasa kalah dalam hidup tetapi tidak bermaksud saya memusuhi, semua anggota adalah adik, anak dan saya rasa begitu.
Iklan
"Pemilihan sudah berakhir, inilah masanya untuk kita kembali merangkul kekuatan dan terus konsisten dengan perjuangan asal kita. Kita bukan bermusuh, kita parti yang sama, kalau nak tinggalkan, tinggalkanlah tidak mengapa. Tetapi dalam parti kita jangan jadi musuh dalam selimut, jadi api dalam sekam. Jangan menghancurkan apa yang kita sama-sama bina. Nak pergi, pergilah. Tidak dapat rahmat,” katanya ketika berucap pada Kongres Nasional PKR ke-16 pada Jumaat.
Dalam pada itu Wan Azizah mengakui sepanjang 23 tahun perjuangan, kesetiaan ahli tidak pernah tergugat walaupun diduga dengan pelbagai mehnah, tohmah dan kemelut perpecahan serta tiada disiplin kepada keputusan yang memberikan kesan kepada kestabilan organisasi.
Iklan
Wan Azizah (tengah) hadir pada Kongres Nasional PKR pada Jumaat.
Justeru katanya, semua senario itu menjadikan kongres pada kali ini cukup penting dalam jejak perjalanan perwakilan sebagai pendukung parti.
"Kita telah melalui proses pemilihan parti yang tidak sedikit mencalarkan nama parti dan menguji persaudaraan kita ketika bertembung semasa berkempen dan membuat pilihan memilih pemimpin parti dalam semarak pesta demokrasi.
"Dalam mana-mana pertandingan akan ada yang menang dan akan ada yang kalah. Itu perkara biasa. Tetapi, kita harus ingat kepada adab sebagai seorang kawan dan lawan, adab, akhlak serta kesopanan.
"Saya mengharapkan sikap istiqamah dan konsisten yang berpanjangan dalam perjuangan ini digandingkan dengan niat mencari titik-titik persefahaman, tidak bersikap eksklusif atau mengamalkan budaya berpuak mengumpul pengikut, tidak bersedia untuk bekerjasama dengan pihak-pihak di luar kelompok sendiri,” katanya.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.