Singapura sahkan Presiden Sri Lanka dibenar masuk

Iklan
Gotabaya Rajapaksa

SINGAPURA – Singapura mengesahkan Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa dibenarkan masuk ke republik itu selepas pesawatnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi sekitar jam 7.22 malam Khamis.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Singapura, Rajapaksa dibenar masuk ke negara itu atas tujuan lawatan peribadi.

Iklan
Iklan

"Beliau tidak memohon untuk mendapatkan perlindungan dan tidak akan diberikan sebarang hak perlindungan sama sekali.

"Singapura secara amnya tidak akan memberikan hak perlindungan,” jelas kenyataan itu, lapor Astro Awani.

Iklan

Rajapaksa sebelum ini dilapor berlepas ke Singapura dengan menaiki pesawat Saudia 788 dari Male, Maldives dan seterusnya akan berlepas ke Arab Saudi.

Pesawat dinaiki Rajapaksa itu menjadi kapal terbang yang paling dijejaki di dunia pada Khamis.

Iklan

Pesawat Saudia 788 yang berlepas dari Male telah dijejaki kira-kira 5,000 pengguna pada jam 7.43 pagi waktu tempatan, berdasarkan data Flightradar24.com.

Sewaktu ketibaannya di Lapangan Terbang Changi, lebih 10,000 orang direkod menjejak pergerakan pesawat itu di laman web Flightradar24.com.