Durian Kampung Banggol Binjai

Iklan
Ismail Muda, 74, menunjukkan durian kampung dari ladangnya untuk dijual kepada pelanggan semasa ditemui di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Kampung Petaling, hari ini.

Bapa kepada lima anak dari Kampung Banggol Binjai menjual raja buah itu pada harga RM10 hingga RM13 sekilogram, bergantung kepada gred serta saiz buah.

Ismail pergi ke kebunnya sekitar 8 pagi bagi mengumpul durian sebelum menjualnya di tepi jalan pada kira-kira 12 tengah hari, bergantung kepada jumlah buah yang diperolehi.