KUALA LUMPUR - Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mahu mengadakan kerjasama dengan kerajaan Australia bagi memastikan sisa buangan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) dikembalikan ke negara itu.
Timbalan Menterinya Isnaraissah Munirah Majilis berkata kerjasama itu bagi mencari jalan dalam usaha memudahkan proses pengeluaran residu 'Water Leached Purification' (WLP) yang dihasilkan kilang Lynas dihantar ke Australia yang sepatutnya dilakukan sebelum September ini.