RTS: Malaysia minta tangguh 6 bulan kaji semula

Iklan
Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Malaysia meminta penangguhan enam bulan kepada Singapura untuk melakukan kajian bagi mengurangkan kos Projek Rapid Transit System (RTS) antara Bukit Chagar, Johor Bahru ke Woodlands, Singapura.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan meminta Singapura tempoh sehingga September ini untuk melakukan kajian sekiranya ada opsyen lain mengurangkan kos projek dan kos-kos akan datang dan langkah memanfaatkan sistem pengangkutan tersebut.

Iklan
Iklan

"Kita minta lebih banyak masa daripada Singapura untuk meneliti kos projek tersebut sehingga September.

"Sudah tentu kita akan meneliti kos projek tersebut dan bagaimana boleh kita mengurangkan kos-kos lain yang boleh digunakan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Iklan
Iklan

Sabtu lalu, Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan memberitahu, Singapura dan Malaysia akan mengumumkan keputusan bersama mereka mengenai projek RTS dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) tidak lama lagi.