Aksi penerbangan di ruang udara Labuan

Iklan
Pesawat Hawk 208 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan aksi penerbangan di ruang udara Labuan ketika tinjauan fotoBernama hari ini.

TUDM sedang mengadakan latihan operasi dan kesiagaan di beberapa kawasan sekitar Tawau, Semporna dan Lahad Datu di Sabah bermula hari ini hingga 21 Julai depan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya terlihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah dalam tempoh latihan dijalankan.