Raja Perlis berkenan solat Aidiladha dilaksana di Istana Arau

Iklan
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan agar solat Aidiladha turut dilaksanakan di Dataran Istiadat, pekarangan Istana Arau, esok. - Foto hiasan

KANGAR - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan agar solat Aidiladha turut dilaksanakan di Dataran Istiadat, pekarangan Istana Arau, esok.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam kenyataan memaklumkan, baginda berkenan demikian bagi memberi ruang kepada ahli kariah Masjid Negeri Arau untuk menunaikan solat Aidiladha di tanah lapang selaras dengan sunah Baginda Rasulullah SAW, selain dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 berbanding solat di tempat tertutup.

Iklan
Iklan

Menurut MAIPs, solat Aidiladha di Dataran Istiadat akan diadakan pada 8 pagi manakala pintu masuk akan mula dibuka pada 7.30 pagi.

"Jemaah diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka ketika hendak menunaikan solat Aidiladha dan membawa sejadah sendiri untuk keselesaan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan
Iklan