Banjir dekat kuil Amarnath, 15 penganut hindu terkorban, 40 hilang

Iklan
Sekurang-kurangnya 15 penganut Hindu terkorban dan berpuluh-puluh lagi hilang selepas banjir kilat berlaku susulan hujan lebat dekat kuil gua di Jammu dan Kashmir. Foto AFP

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 15 penganut Hindu terkorban dan berpuluh-puluh lagi hilang pada Jumaat selepas hujan lebat menyebabkan banjir kilat dekat kuil gua di Jammu dan Kashmir.

Iklan
Iklan

Aktiviti ziarah ke Gua Amarnath selama 43 hari yang bermula pada 30 Jun, dihentikan buat sementara waktu berikutan tragedi itu, lapor Agensi Berita PTI.

"Keutamaan kami adalah untuk menyelamatkan nyawa orang ramai. Arahan telah dikeluarkan untuk menyediakan semua bantuan yang diperlukan.Saya memantau rapat keadaan itu," kata Leftenan Gabenor Jammu dan Kashmir Manoj Sinha di Twitter.

Iklan

Sebanyak 15 kematian telah disahkan dan 40 yang lain dikhuatiri hilang, menurut laporan NDTV.

Pasukan keselamatan India dan agensi tindak balas bencana sedang mencari mangsa yang terselamat.

Iklan

Polis Sempadan Indo-Tibet (ITBP) berkata pasukannya sedang mencari mangsa yang hilang di dalam serpihan banjir dan lumpur berhampiran gua Amarnath.- Bernama