TUDM adakan latihan operasi, terbang rendah di Sabah
Iklan
KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengadakan latihan operasi dan kesiagaan di beberapa kawasan sekitar Tawau, Semporna dan Lahad Datu di Sabah bermula 12 hingga 21 Julai depan.
TUDM dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, sepanjang latihan itu, pesawat-pesawat TUDM akan mengadakan penerbangan taktikal secara rendah di kawasan-kawasan yang dinyatakan.