Gempa bumi landa Kepulauan Andaman

Iklan
Sebanyak 20 siri gempa bumi dengan magnitud lemah dikesan di sekitar Kepulauan Andaman pada Isnin lepas (4 Julai) hingga hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 siri gempa bumi dengan magnitud lemah dikesan di sekitar Kepulauan Andaman pada Isnin lepas (4 Julai) hingga hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Bagaimanapun berdasarkan pemantauan berterusan serta analisis data dan maklumat seismologi dan tsunami, MetMalaysia tidak menjangkakan kejadian itu berpotensi mengakibatkan tsunami yang memberi kesan kepada Malaysia.

Iklan
Iklan

MetMalaysia dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan kejadian itu akan dipantau secara berterusan dan memaklumkan sebarang perkembangan terkini yang memberi kesan kepada negara.

Orang awam diminta untuk merujuk kepada laman web agensi itu di www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia serta hotline di talian 1-300-22-1638 bagi sebarang maklumat gempa bumi dan tsumani terkini. - Bernama

Iklan
Iklan