Jumlah mangsa banjir menurun di Baling
Iklan
Anggota APM membantu memindahkan mangsa yang terlibat banjir ke tempat selamat selepas banjir dan kepala air pada Isnin. -Foto: Facebook APM Negeri Kedah
ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Baling pada pagi Rabu berkurangan kepada 495 mangsa daripada 109 keluarga berbanding pada 1,424 mangsa daripada 93 keluarga pada 8 malam Selasa.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim berkata, sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.
Iklan
Iklan
Katanya, setakat jam 8 pagi, mereka yang ditempatkan di PPS itu terdiri daripada 39 lelaki dewasa, 49 wanita dewasa, kanak-kanak lelaki (25), kanak-kanak perempuan (22), warga emas perempuan (16) dan warga emas lelaki (14).
"Bagi PPS Surau An Nur, seramai 258 mangsa daripada 59 keluarga masih ditempatkan di PPS tersebut termasuklah seorang kanak-kanak lelaki dan warga emas perempuan yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).
Iklan
"Selain itu, seramai 32 pelajar perempuan dan 46 pelajar lelaki masih ditempatkan di PPS SMK Agama Al-Khairiah, manakala kebanyakan pelajar lain telah diambil waris masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau memberitahu, seramai 14 anggota termasuklah empat pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling bersama kenderaan seperti lori lima tan membantu dalam operasi tersebut.
Iklan
"Setakat jam 8.30 pagi, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) masih dibuka untuk menerima panggilan dan merekodkan data yang diterima oleh mangsa,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, APM Baling menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada dan menghubungi pihak berkuasa dengan kadar segera sekiranya berlaku banjir.
Seorang lelaki warga emas yang dikenali sebagai ‘Ayang’ mengaku tidak bersalah di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada Jumaat, atas lima pertuduhan berkaitan bahan letupan buatan sendiri (IED) yang didakwa berlaku bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Yeoh Hock Sun, 63, yang terbaring di katil hospital membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763358/berita/semasa/letupan-di-nilai-ayang-mengaku-tidak-bersalah-di-katil-hospital
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.