Banjir Baling: Jasad 3 sekeluarga serta janin selamat dikebumikan
Iklan
BALING - Tiga sekeluarga yang ditemui maut dalam tragedi banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban awal pagi tadi.
Jenazah Salmah Mat Akib, 54, menantunya Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan dan anaknya Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 selesai dikebumikan kira-kira jam 5.30 pagi pada Rabu.