Tunku Azizah berkenan melawat Centexs Sarawak
Iklan
KUCHING - Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Heritage Technology dan Gastronomy Academy di Centre of Technical Excellence (Centexs) di sini, pada Isnin.
Baginda yang tiba di Centexs pada 3 petang meluangkan masa kira-kira tiga jam, melihat pameran tenunan keringkam dan songket serta sulaman manik dihasilkan oleh pelatih di akademi tersebut.