'Pengagihan kerusi PH belum muktamad'
Iklan
Mahfuz ketika berucap pada perasmian Konvensyen Negeri Perak 2022 Amanah kali ke-7 di Ipoh pada Ahad. Foto: ihsan Amanah Perak
IPOH - Pakatan Harapan (PH) masih belum memuktamadkan sebarang pengagihan kerusi termasuk kerusi yang ditinggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan semua parti komponen masih dalam proses sebelum boleh diumumkan.
Iklan
Iklan
"Kita dalam proses untuk pengagihan tersebut. Sampai masanya kita akan umumkan berapa jumlah kerusi yang diperolehi oleh parti-parti dalam PH.
"Kerusi Bersatu, kita akan bincang untuk buat pengagihan belum dimuktamadkan lagi. Kita belum sampai kepada tahap kerusi majoriti Melayu disepakati bahawa yang bertanding antara Amanah dan Parti Keadilan rakyat (PKR) setakat ini," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Negeri Perak 2022 Amanah kali ke-7 di sini pada Ahad.
Hadir sama, Pengerusi Amanah Negeri, Datuk Asmuni Awi dan Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Iklan
Menurutnya, fokus kini terarah untuk mempertahankan kesemua kerusi yang disandang parti itu.
"Kita mengharapkan pertambahan kerusi tetapi yang penting kita hendak mempertahankan, kemenangan ini tidak boleh berganjak daripada 11 Parlimen dan kerusi-kerusi DUN.
Mahfuz (dua dari kiri) memotong riben simbolik gimik perasmian Konvensyen Negeri Perak 2022 Amanah kali ke-7 di Ipoh.
"Sekarang ini bukan soal peluang untuk Amanah menang atau PH menang sebaliknya adalah peluang rakyat ada kesedaran supaya rakyat dengan sendirinya menyedari kelompok kleptokrat dan pengkhianat ini mesti ditolak," katanya.
Beliau menyarankan ahli parti untuk menyampaikan secara mudah cerita kejayaan PH dalam tempoh 22 bulan pemerintahan supaya rakyat dapat menilai perbezaannya.
Selain itu, Mahfuz berkata, Amanah terbuka untuk berbincang untuk penyertaan Parti Warisan (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam 'khemah besar' PH.
"Yang penting pertahankan khemah yang ada dan pastikan khemah ini tidak goyang.
"Cuma rakan-rakan hendak sertai khemah ini, kami sedia berbincang tiada masalah. Mereka haruslah ada tolak ansur dan sebagainya," katanya.
BERITA SEMASA 3 MEI 2024
Pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah mendapatkan penjelasan daripada Khairul Azhari Saut berkaitan isu hutang, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkembangan tersebut akan dimaklumkan sendiri kepada umum oleh calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu itu kerana ia melibatkan isu peribadi.
Sebelum ini tular satu hantaran di media sosial yang mempersoalkan kredibiliti calon PN kelahiran Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Baharu itu yang didakwa masih dibelenggu hutang bernilai RM37,363 dengan syarikat penyedia perkhidmatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662633/berita/politik/isu-hutang-calon-pn-pimpinan-bersatu-sudah-diberi-penjelasan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com