Dr Mahathir lawat kilang nanas
Iklan
GURUN - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melapangkan masa hampir sejam 30 minit untuk melawat Kilang Jus Buah-Buahan milik Nanas Merbok Sdn Bhd di Pusat Industri Kecil Sederhana (IKS) Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) hari ini.
Dr Mahathir tiba pada jam 10 pagi dengan memandu sendiri kereta ditemani bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin.