10 maut serangan peluru berpandu di Odessa

Iklan
Gambar fail menunjukkan sebuah pusat beli-belah dibedil di Odessa. - Foto AFP

KIEV - Sepuluh terbunuh dalam serangan peluru berpandu ke atas sebuah bangunan apartmen di wilayah Odessa, selatan Ukraine, kata seorang pegawai tempatan, awal pagi Jumaat.

"Jumlah kematian dalam serangan peluru berpandu bangunan apartmen meningkat kepada 10 (orang),” kata jurucakap pentadbiran tentera Odessa, Sergei Bratchuk.

Iklan
Iklan

Komando Operasi Selatan tentera Ukraine menyatakan bahawa serangan peluru berpandu itu berasal dari pesawat strategik dari Laut Hitam.

"Satu peluru berpandu mengenai bangunan kediaman sembilan tingkat," kata tentera Ukraine sambil menambah bahawa peluru berpandu lain telah mengenai sebuah pusat rekreasi.

Iklan

"Satu bahagian musnah sama sekali... penyelamat sudah menyediakan rawatan perubatan kepada tujuh yang cedera, termasuk tiga kanak-kanak, tambah tentera itu.

Serangan peluru berpandu ke atas bangunan kediaman itu berlaku beberapa hari selepas serangan tentera Rusia memusnahkan sebuah pusat beli-belah di Kremenchuk, di tengah Ukraine yang mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang awam.

Iklan

Bagaimanapun, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menafikan tentera Moscow bertanggungjawab dalam kejadian itu. - AFP