Covid-19: Dos penggalak tunggal CanSino diluluskan
Iklan
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan dos penggalak tunggal vaksin CanSino Convidecia untuk digunakan sebagai penggalak heterologous dengan kesemua 19 jenis vaksin utama di Malaysia.
Solution Group Bhd rakan pengeluar CanSino Biologics Inc di ASEAN dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa vaksin itu telah diluluskan untuk dewasa berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira jenis vaksin yang mereka terima pada awal vaksinasi Covid-19.