13 maut, 250 cedera kebocoran gas di pelabuhan Jordan

Iklan
Video menunjukkan awan kuning terbentuk akibat kebocoran kontena gas klorin di Pelabuhan Aqaba pada Isnin. - Foto TV Almamlaka

AMMAN - Kebocoran gas klorin beracun di Pelabuhan Aqaba di Jordan pada Isnin telah menyebabkan 13 orang maut dan mencederakan lebih 250 yang lain, lapor media kerajaan.

Kebocoran itu berlaku selepas kabel yang mengangkat tangki diisi dengan 25 tan gas terputus dan menyebabkan kontena terhempas.

Iklan
Iklan

Ia menyebabkan awan kuning terbentuk selepas kebocoran berlaku sehingga mengakibatkan sejumlah orang berlari untuk menyelamatkan diri dalam kejadian itu.

Penduduk di bandar Aqaba yang terletak 16 kilometer di utara pelabuhan dinasihatkan untuk tinggal di dalam rumah dan menutup tingkap dan pintu berikutan kebocoran berkenaan.

Iklan

Pantai selatan Aqaba merupakan destinasi pelancongan yang popular di Jordan. - Agensi

Iklan