[VIDEO] Ahmad Zahid sudah lama tidak layak sebagai Presiden UMNO
Iklan
Tajuddin Abdul Rahman
PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak layak memimpin UMNO dan perlu undur diri secara terhormat.
Beliau mendakwa segala keputusan mesyuarat MKT UMNO selama ini juga bukan kehendak ahli MKT sebaliknya kehendak Ahmad Zahid sendiri.
Iklan
Iklan
Turut didakwa Ahmad Zahid juga tidak berpuas hati dengan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.
"Sebenarnya Zahid dah lama dianggap tidak layak memimpin UMNO. Lebih baik undurkan diri cara terhormat untuk kepentingan parti.
Iklan
"Ismail sesuai jadi presiden parti, baru cantik, tak ada lah dua nakhoda,"katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Tajudin mencadangkan agar Zahid menumpukan kes mahkamah yang sedang dihadapi sehingga terbukti tidak bersalah.
Iklan
"Zahid tidak seharusnya membebankan parti dengan masalah peribadi yang sedang dihadapi.
"Selesaikan masalah dia, kita doakan yang terbaik permudahkan urusan dia mudah-mudahan selamat, tak ada kes.
"Tapi bukan sedikit masa. Kita nak pilihan raya umum (PRU) ini cepat. Pening kepala dia nak turun naik mahkamah. Lebih baik fokus masalah peribadi dia. Jangan bebankan UMNO dengan masalah dia," katanya.
BERITA SEMASA 27 JUN 2022
Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak layak memimpin UMNO dan perlu undur diri secara terhormat.
Beliau mendakwa segala keputusan mesyuarat MKT UMNO selama ini bukan kehendak ahli MKT sebaliknya kehendak Zahid sendiri.
Baca artikel penuh di sini: https://bit.ly/3u8JeUf
Muzik : www.bensound.com
#SinarHarian #SinarTerkini #UMNO #MKTUMNO" />
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>