Kleptokrat dalam UMNO tolak perpaduan dalam MN: Wan Saiful
Iklan
Wan Saiful mempersoalkan sama ada pendirian UMNO itu merupakan satu keputusan bersama yang dibuat antara parti dalam Muafakat Nasional.
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa golongan kleptokrat di dalam UMNO menjadi punca menyukarkan perpaduan yang cuba dibina antara parti Melayu menerusi gabungan Muafakat Nasional (MN).
Ia susulan kenyataan terbaharu Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada 21 Jun lalu yang menegaskan bahawa parti itu menolak kerjasama dengan Bersatu termasuk menerusi MN.
Iklan
Iklan
Wan Saiful dalam kenyataan pada Isnin turut mempersoalkan sama ada pendirian UMNO itu merupakan satu keputusan bersama yang dibuat antara parti dalam gabungan berkenaan.
"Lengkap dengan alasan-alasan yang baru dicipta. Adakah ini pandangan rasmi Muafakat Nasional setelah dibawa bermesyuarat?
Iklan
"Atau pencinta kleptokrat memandai-mandai cipta alasan tanpa bermesyuarat? Kluster mahkamah UMNO memang terkenal dengan perangai Abang Long yang mendominasi keputusan, berlagak seperti suara mereka adalah suara semua.
"Bila pula MN putuskan sedemikian, atau unilateral sahaja?” soalnya menerusi kenyataan yang dikongsi di Facebook beliau.
Iklan
Dalam laporan sama pada 21 Jun lalu, Shahril berkata, terdapat beberapa asas jelas menyebabkan UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu antaranya adalah matlamat parti itu yang didapati berhasrat menggantikan UMNO.
Katanya, perkara itu dapat dilihat menerusi tindakan yang diambil Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah apabila parti itu meletakkan calon di 17 Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk melawan calon Barisan Nasional (BN).
Mengulas lanjut, Wan Saiful mendakwa Shahril mencipta pelbagai alasan baharu bagi menyokong pendirian parti itu termasuk dalam isu berkaitan penubuhan Perikatan Nasional (PN).
"Kononnya marah sebab tertubuhnya PN sehingga tak jadi bermuafakat. Padahal PN mula berfungsi sejak Februari 2020 dan didaftarkan pada 7 Ogos 2020. Surat jemputan masuk MN pula bertarikh 13 Ogos 2020.
"Maksudnya jemputan tu selepas PN sudah pun ditubuhkan. Kalau betul tak setuju PN ditubuhkan, kenapa jemput masuk MN selepas PN tertubuh?
"Masa boss kamu (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi tandatangan surat jemputan, dia terlupa bahawa dia sepatutnya marah ke?” soal beliau lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>