FMM sambut baik keputusan kerajaan kekal kos elektrik
Iklan
KUALA LUMPUR - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menyambut baik keputusan kerajaan untuk tidak mengenakan kadar surcaj yang lebih tinggi kepada pengguna walaupun berlaku lonjakan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan elektrik lain.
Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, FMM berbesar hati apabila kerajaan telah mempertimbang secara positif saranannya untuk membantu mengawal satu daripada kos input operasi utama industri iaitu kos tenaga.