Tiada masalah potong gaji: Muslimin
Iklan
Muslimin ketika ditemui pemberita selepas Perasmian Hari Koperasi Negara 2022 Peringkat Negeri Kelantan sempena 100 Tahun Gerakan Koperasi pada Sabtu.
KOTA BHARU -"Demi menambah tabungan, saya tiada masalah," kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Muslimin Yahaya mengenai cadangan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz supaya memotong 20 peratus gaji menteri bagi membantu rakyat meningkatkan kos sara hidup.
Muslimin berkata, ketika pemerintahan Perikatan Nasional, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melaksanakan pemotongan gaji beberapa bulan selepas angkat sumpah menteri kabinet ketika itu.
Iklan
Iklan
"Jika perlu menambah tabungan negara, saya sanggup dan tiada masalah," katanya kepada pemberita selepas Perasmian Hari Koperasi Negara 2022 Peringkat Negeri Kelantan sempena 100 Tahun Gerakan Koperasi pada Sabtu.
Selain itu, Muslimin berpendapat menteri lain juga akan bersetuju jika kerajaan melaksanakan perkara itu.
Iklan
Hadir sama pada perasmian berkenaan ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa, Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Negeri Kelantan, Saiful Adli Abu Bakar dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia negeri Kelantan, Zainudin Mohamed.
Pada Jumaat, Rafidah mencadangkan pemotongan gaji menteri bagi menunjukkan empati terhadap negara ketika rakyat bergelut dengan krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19 dan krisis Rusia-Ukraine.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>