KUALA TERENGGANU - Empat individu yang ditahan kerana disyaki bersubahat dalam membuat tuntutan palsu berkaitan projek pembangunan di pantai timur bernilai lebih RM300 juta dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Peguam yang mewakili empat individu berkenaan, Vivek Sukumaran berkata, selepas mendengar bantahan dan hujahan beliau, Mahkamah Majistret di sini membenarkan semua mereka yang berusia 28 hingga 48 tahun itu dibebaskan dengan jaminan selepas tempoh reman selama enam hari berakhir pada Rabu.