Gangguan bekalan air: Kerja tambah baik ikut jadual

Iklan
Info grafik menunjukkan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil dijalankan mengikut jadual ditetapkan pada jam 9 pagi Selasa.

SHAH ALAM - Kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil dijalankan mengikut jadual ditetapkan pada jam 9 pagi Selasa.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi Facebook memaklumkan pelaksanaan kerja penambahbaikan sistem bekalan air itu dijangka siap pada jam 9 malam Selasa.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun Air Selangor memberitahu, bekalan air mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan.

Info grafik menunjukkan kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil dijalankan mengikut jadual ditetapkan pada jam 9 pagi Selasa.

"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Air Selangor memberitahu, lori tangki air akan digerakkan ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premi kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Jelas Air Selangor, kerja-kerja itu menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 47 kawasan di Wilayah Petaling dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi Rabu.

Iklan