Bas diserang hendap di Syria, 11 tentera, dua orang awam maut

Iklan

DAMSYIK - Sebelas askar dan dua orang awam terbunuh dalam satu serangan ke atas sebuah bas di utara Syria pada Isnin, menurut kenyataan tentera Syria.

Bas itu diserang hendap pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan (0330 GMT) semasa dalam perjalanan dari wilayah utara Raqqa ke wilayah tengah Homs di kawasan dikenali al-Jireh, lapor Xinhua memetik kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Laporan sebelum ini mengatakan kesemua yang mati adalah anggota tentera tetapi pihak tentera berkata hanya tiga anggotanya cedera dalam serangan itu.

Kenyataan itu menyebut ia merupakan satu serangan pengganas namun tidak menamakan pihak yang bertanggungjawab.

Iklan

Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. - Bernama

Iklan