KANGAR - MCA yakin mampu membuat kebangkitan semula dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi meraih kembali sokongan rakyat kepada parti berkenaan, kata veteran MCA Perlis, Dr Por Choo Chor.
Dengan merujuk kepada pengundi di Perlis, beliau berkata, kebanyakan pengundi di sini dilihat mulai sedar bahawa kejatuhan gabungan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 lepas adalah disebabkan propaganda dimainkan parti lawan yang menggunakan sentimen tertentu bagi meraih sokongan.