SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini berada dalam keadaan gering di bahagian kaki dan sedang menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan pada Isnin.