Bas kilang bawa 9 penumpang ke Singapura terbabas

Iklan
Bas kilang membawa sembilan penumpang yang terlibat kemalangan di susur Kilometer 16 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Johor Bahru ketika dalam perjalanan ke Singapura pada Isnin.

JOHOR BAHRU - Sebuah bas kilang yang membawa sembilan penumpang dalam perjalanan ke Singapura terbabit kemalangan selepas terbabas di susur Kilometer 16 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, kemalangan pada jam 5.30 pagi itu berlaku semasa bas berkenaan dalam perjalanan dari Taman Ungku Tun Aminah ke Singapura.

Iklan
Iklan

"Bas kilang tersebut hilang kawalan, melanggar bantuan konkrit jambatan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

"Pemandu bas bersama lima penumpang dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk mendapat rawatan lanjut manakala empat penumpang lain tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda RM5,000 hingga RM10,000 serta boleh dipenjara 12 bulan jika sabit kesalahan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kes tersebut supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerusi talian 07-5563122.

Iklan