Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-88

Iklan
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) beraksi pada pertunjukkan demonstrasi perang sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-88 di Padang Kawad Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) Kem Segenting, baru-baru ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, negara perlu terus berusaha melahirkan graduan anak tempatan untuk mengisi profesion bernilai tinggi dalam bidang strategi pertahanan dan keselamatan yang semakin dinamik.