Muhyiddin nafi terima sogokan RM1.3 juta
Iklan
Muhyiddin Yassin
SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan menerima RM1.3 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) antara bulan Jun sehingga Ogos 2018.
Menurutnya, dakwaan tersebut adalah tidak berasas kerana dalam tempoh tersebut beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama beberapa bulan untuk rawatan lanjut.
Iklan
Iklan
"Saya dimaklumkan tentang keterangan mahkamah yang diberikan seorang pengurus pentadbiran syarikat UKSB yang terlibat dalam kes sogokan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Kononnya, syarikat tersebut telah memberikan wang tunai sebanyak RM1.3 juta kepada saya di antara bulan Jun dan Ogos 2018. Ini memberikan gambaran saya juga menerima sogokan.
Iklan
"Pada masa itu, saya menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti. Tugasan saya sebagai Menteri Dalam Negeri telah diambil alih oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Hal ini tersebar luas dalam media massa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid di Mahkamah Tinggi pada Jumaat, bekas Pengurus Pentadbiran UKSB yang juga saksi ke-17, David Tan Siong Sun memberitahu Muhyiddin menerima sumbangan wang tunai RM300,000 pada 4 Jun 2018; RM500,000 (4 Julai 2018) dan RM500,000 (23 Ogos 2018) berdasarkan buku lejar syarikat itu.
Iklan
Menafikan perkara tersebut, Muhyiddin berkata, beliau sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di luar negara pada tarikh yang dinyatakan oleh saksi berkenaan.
"Adalah mustahil bagi saya menerima sebarang sogokan wang tunai daripada sesiapa dalam keadaan itu. Dakwaan tersebut ternyata tidak berasas.
"Saya dengan ini menyatakan bahawa saya tidak pernah menerima, secara langsung atau tidak langsung, sebarang wang daripada David Tan, saksi dari Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd, pengarahnya ataupun pemegang sahamnya," katanya.
Muhyiddin berkata, beliau juga sedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan tersebut.
"Adalah diharapkan juga pihak pendakwaan akan menjelaskan perkara ini supaya tidak menimbulkan fitnah buruk terhadap saya sedangkan saya tegas menentang rasuah," katanya.
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.