MATRADE sasar raih jualan bernilai RM1.9 bilion semasa Mihas 2022
Iklan
KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasar mencapai jualan bernilai RM1.9 bilion semasa Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas 2022) ke-18 yang akan berlangsung dari 7 hingga 10 September depan.
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, Mihas 2021 yang julung kali diadakan secara maya tahun lepas telah mencapai jualan memberangsangkan sebanyak RM2.13 bilion daripada kedua-dua komponen pameran dan mesyuarat perniagaan yang diadakan selama tiga bulan.
Iklan
Iklan
"Kami tidak mahu bercita-cita tinggi tetapi kami sangat yakin bahawa kami akan dapat mencapai sasaran itu.
"Tahun ini, semua pempamer akan diberi peluang untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka selama tiga hari berbanding tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas acara Mihas 2022 Reconnect pada Jumaat.
Iklan
Mohd Mustafa berkata, Mihas tahun ini akan diadakan secara hibrid dan mempamerkan 1,196 reruai membabitkan 13 kluster utama.
MATRADE telah menambah Seni dan Budaya Islam sebagai kelompok ke-13 dalam Mihas 2022, melengkapkan kluster sedia ada terdiri daripada farmaseutikal, kewangan Islam, fesyen, media dan rekreasi, kosmetik dan penjagaan peribadi, teknologi makanan, francais, pelancongan mesra Muslim, perkhidmatan dan pendorong, pendidikan dan e-dagang.
Iklan
"Selain pameran, kami juga akan menganjurkan Program Penyumberan Antarabangsa bagi jangkaan 400 pembeli antarabangsa, yang akan mengadakan mesyuarat perniagaan sama ada secara maya atau fizikal dengan pengeksport Malaysia,” katanya.
Tambahnya, Anugerah Mihas juga dianjurkan pada tahun ini untuk mengiktiraf kecemerlangan inovatif dan mampan yang dipamerkan oleh jenama halal tempatan dan asing.
Mihas 2022 anjuran MATRADE di bawah naungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang bertemakan ‘Diversifying Halal Possibilities’, disasarkan untuk menjadi pintu masuk ke dalam ekosistem halal global.
Sejak dimulakan pada 2004, Mihas telah memberi manfaat kepada lebih 12,000 pengeksport dan pembeli dan secara kumulatif menyumbang hampir RM20 bilion kepada eksport negara. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>