GRAND Prix Australia Formula 1 pada Khamis mengesahkan ibu negeri Victoria, Melbourne, akan terus menjadi tuan rumah acara itu sehingga sekurang-kurangnya 2035 di bawah perjanjian baharu 10 tahun, lapor Xinhua.
Lokasi penganjuran akan kekal di Albert Park, yang telah menganjurkan Grand Prix Australia sejak 1996. Buat kali pertama dalam sejarah acara itu, Formula 2 dan Formula 3 juga akan menyertai perlumbaan di Melbourne.