Pemandu lori parah langgar belakang treler
Iklan
RAWANG - Seorang lelaki cedera parah akibat tersepit setelah lori dipandunya melanggar sebuah treler di Kilometer 424.3 Lebuhraya Utara-Selatan(Plus) arah selatan awal pagi Jumaat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 6.12 pagi.