Bagi saya ia seperti kejam: Ning Baizura

Iklan
Penyanyi, Ning Baizura

PENYANYI, Ning Baizura terpanggil untuk mengadakan persembahan di Zoo Negara kerana mahu sedarkan masyarakat mengenai kepupusan haiwan terutamanya harimau.

Menurut laporan mStar Online, lokasi persembahan Ning Baizura Live at Zoo Negara yang bakal berlangsung pada 20 April 2019 itu nanti sesuai kerana ia merupakan tarikan pelancong selain kunjungan percutian keluarga.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya saya sudah lama giat dalam kerja amal ini. Kira-kira 17 tahun lalu, cuma mungkin tidak ramai yang tahu tentang pembabitan saya ini.

"Justeru, buat persembahan di sini pun sebagai satu usaha untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai spesis haiwan seperti Harimau Malaya yang semakin pupus," jelasnya haiwan tersebut hanya tinggal sembilan ekor di Zoo Negara.

Iklan

Sehubungan itu, mengulas adakah Ning pernah membeli barangan atau pakaian yang diperbuat daripada kulit haiwan, katanya tidak.

"Bagi saya ia seperti kejam," katanya ringkas.

Iklan

Mengenai persembahan yang bakal berlangsung selama sejam itu, Ning akan menyanyikan 10 buah lagu hit.

Manakala tiket dijual dengan harga RM175 untuk dewasa dan RM100 untuk kanak-kanak.

Istimewa lagi, pengunjung juga boleh membeli harga RM202 untuk keluarga di www.airasiaredtix.com.

Sepuluh peratus daripada tiket terjual akan disalurkan kepada badan bukan kerajaan, My Cat.