Covid-19: 2,092 kes baharu, empat kematian direkod

Iklan
Sebanyak 2,092 jangkitan baharu dan empat kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Isnin. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Sebanyak 2,092 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 4,528,390 kes.

Berdasarkan portal CovidNow, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan sebanyak empat kes kematian dilaporkan pada Isnin dan satu kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) direkodkan.

Iklan
Iklan

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,716 orang daripada lebih 4.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, sejumlah 22,607 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Iklan

Daripada jumlah tersebut, seramai 21,589 atau 95.5 peratus individu dikuarantin di rumah, manakala 16 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 978 dimasukkan ke hospital.

Data itu juga menunjukkan sejumlah 24 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Iklan

Sementara itu, sejumlah 1,876 kes sembuh turut direkodkan pada Isnin dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,470,067 kes.