[VIDEO] Henti 'berpolitiking', fokus selesaikan isu rakyat
Iklan
Khairil Nizam Khirudin
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya berhenti seketika ‘berpolitiking’ sebaliknya memberi fokus menyelesaikan isu masalah yang dihadapi rakyat ketika ini.
Ujar beliau, sebagai ketua parti besar orang Melayu yang berpengalaman, Presiden UMNO harus berjiwa besar bersama-sama kerajaan untuk teruskan agenda kesejahteraan rakyat dan bukan meletakkan kepentingan diri sendiri sebagai keutamaan.
Iklan
Iklan
"Tujuan Pas menyokong kerajaan pada hari ini adalah untuk memastikan kebajikan rakyat terpelihara dan negara ini dapat ditadbir dengan lebih baik berbanding kerajaan Pakatan Harapan (PH).
"Jangan diheret rakyat dalam konflik perebutan kuasa dalam parti. Sepertimana Presiden UMNO mahu menangguhkan pemilihan parti demi perpaduan dan kestabilan UMNO, begitulah juga hasrat kerajaan pada hari ini untuk meletakkan kestabilan negara sebagai keutamaan tertinggi,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Ahad.
Iklan
Mengulas lanjut, Khairil Nizam berkata, masalah utama yang dihadapi oleh negara pada hari ini melibatkan krisis ekonomi yang mana peningkatan inflasi semakin menghimpit rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.
Menurutnya, Ahmad Zahid perlu memberikan sokongan tidak bersyarat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk beliau dan kabinetnya membawa negara ke tahap lebih tinggi.
Iklan
"Beliau (Ahmad Zahid) seharusnya berikan fokus menggerakkan jentera UMNO untuk bersama dengan Perdana Menteri dan kerajaan hari ini dalam usaha menyelesaikan masalah rakyat, terutamanya aspek ekonomi yang menekan akhir-akhir ini.
"Saya juga ingin menyeru kepada semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk menasihati Presiden mereka yang seringkali memberikan tekanan kepada Perdana Menteri untuk segerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Jangan dihancurkan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan parti-parti lain dalam kerajaan hanya untuk menyelamatkan diri sendiri," katanya.
BERITA SEMASA 13 JUN 2022
Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya berhenti ‘berpolitiking’ dengan fokus menyelesaikan isu masalah dihadapi rakyat.
Katanya, sebagai ketua parti besar orang Melayu berpengalaman, Presiden UMNO harus bersama kerajaan teruskan agenda kesejahteraan rakyat, bukan meletakkan kepentingan diri sendiri sebagai keutamaan.
Baca artikel penuh di sini: https://bit.ly/3HhPApK
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa" />
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.