1,571 kes baharu Covid-19, satu kematian

Iklan
1804545

SHAH ALAM - Sebanyak 1,571 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4.52 juta kes setakat ini.

Menerusi laporan portal CovidNow pada Isnin, penularan tersebut melibatkan 1,570 kes dalam negara dengan satu kes import.

Iklan
Iklan

Portal tersebut turut melaporkan terdapat pertambahan satu kes kematian baharu dilaporkan pada Ahad sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 35,712 orang daripada 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, data berkenaan turut melaporkan sebanyak 22,395 kes masih aktif dengan 95.4 peratus atau 21,375 daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 18 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Iklan
Iklan

Seramai 976 dirawat di hospital dengan 26 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala kes sembuh baharu juga mencatat lebih daripada kes aktif sebanyak 1,887 kes.