Rusia kesan jangkitan Omicron Subvarian BA.4
Iklan
MOSCOW - Subvarian Covid-19 Omicron yang lebih mudah menular telah merebak di Rusia, lapor Sputnik, memetik kenyataan pegawai kanan di badan pemerhati kesihatan kebangsaan Rospotrebnadzor.
Ketua penyelidikan genom di Institut Penyelidikan Pusat Epidemiologi Rospotrebnadzor, Kamil Khafizov memberitahu pemberita bahawa dua makmal kebangsaan telah menyerahkan sampel genom virus jenis BA.4 ke pangkalan data VGARus.