PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah diundang Universiti Harvard, Amerika Syarikat bagi menghadiri Harvard Ministerial Leadership Programme dari 12 hingga 15 Jun ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, program Harvard Ministerial Leadership itu dianjurkan secara jemputan khas dan Khairy merupakan seorang daripada 12 orang menteri dari pelbagai negara yang dipilih untuk menyertai program bertaraf global itu.