Covid-19: Penularan terkawal, kes baharu kekal bawah 2,000

Iklan
Orang ramai mengambil peluang bercuti bersama keluarga serta rakan-rakan sempena cuti panjang. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kes harian baharu Covid-19 negara kekal bawah 2,000 untuk hampir dua minggu berturut-turut dengan sebanyak 1,887 kes dilaporkan pada Khamis.

Daripada jumlah 1,887 kes, Selangor mencatat kes tertinggi sebanyak 776 kes diikuti Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur 371 kes dan Perak 143 kes.

Negeri-negeri lain melaporkan kes harian baharu dua (2) angka iaitu Negeri Sembilan 89 kes, Pulau Pinang 84 kes, WP Putrajaya 80 kes, Sabah 67 kes, Sarawak 65 kes, Johor 56 kes, Melaka 46 kes, Kedah 43 kes, Pahang 25 kes, Kelantan 24 kes dan Terengganu 10 kes. Dua negeri mencatat kes satu angka iaitu Perlis tujuh (7) kes dan WP Labuan satu (1) kes.

Iklan
Iklan

Dengan kes harian baharu 1,887, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes kumulatif Covid-19 negara kini sebanyak 4,520,852.

Sebanyak 1,399 kes sembuh Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif sembuh setakat pukul 11:59 malam 9 Jun 2022 sebanyak 4,463,070 kes.

Secara keseluruhannya, KKM mengesan sebanyak 7,015 kluster sejak pandemik Covid-19 melanda negara ini lebih dua tahun lalu. Setakat Khamis, hanya tinggal empat (4) kluster yang masih aktif.

Sementara itu, data COVIDNOW KKM setakat pukul 11:59 mlm 9 Jun 2022 menunjukkan sebanyak 21,074 kes (95.5 peratus) dikuarantin di rumah daripada 22,074 kes aktif Covid-19 yang dilaporkan.

Sebanyak 21 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 954 kes (4.3 peratus) di hospital; 8 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 17 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Iklan

Untuk kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara, terkini KKM mengeluarkan laporan secara purata mingguan dan untuk epid (epidemiologi) minggu ke-22 seluruh negara pada 5 Jun 2022 adalah 0.91.

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada epid minggu ke-22 itu ialah Sabah (1.00), Perak (0.96), WP Kuala Lumpur (0.94) dan WP Putrajaya (0.94). (*paras terendah 0.52 dicatat pada 6 Mei 2022.)

Iklan

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro/Rt 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini. - Bernama