Mayat bayi ditemui dalam bagasi di tepi laut

Iklan
Mayat bayi perempuan yang ditemui terapung di laut berhampiran jeti Tanjung Batu Logpond pada Rabu.

TAWAU - Mayat bayi perempuan ditemui di dalam sebuah bagasi yang terapung di tepi laut berhampiran jeti Tanjung Batu Logpond di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui orang awam yang kebetulan berada di lokasi berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bertindak atas maklumat itu polis segera ke lokasi kejadian dan mendapati bayi yang masih bertali pusat itu telah meninggal dunia.

Menurutnya, mayat bayi berkenaan kemudiannya dibawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Hospital Tawau untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

"Hasil siasatan juga mendapati bagasi itu turut berisi batu dipercayai supaya ia tenggelam di laut.

"Hasil pemeriksaan awal doktor mengesahkan mayat bayi yang ditemui itu seberat kira-kira satu kilogram," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Jasmin berkata, kes disiasat Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan dan membuang mayat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.