Ambulans terbabas: Dua anggota APM maut

Iklan

JOHOR BAHRU - Dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut manakala dua lagi cedera ringan selepas ambulans yang dinaiki mereka terbabas ketika hujan lebat di Kluang, dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun, maklumat mengenai kedua-dua mangsa masih belum dapat diperoleh setakat ini.

Iklan
Iklan

Pengarah APM Johor, Kolonel Mat Zin Bujang berkata, kejadian berlaku pada 3.40 petang ketika semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang daripada bertugas.

"Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Kluang untuk dibedah siasat manakala mangsa cedera dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail yang turut dihubungi mengesahkan kemalangan itu. - Bernama